Khamis, 14 Oktober 2010

function boy siri 1



Jom layan citer........
        
          "Saya,nadhirah.Wartawan dari bussiness news.Saya nak temuramah tuan untuk dimuatkan dalam majalah perniagaan kami.Boleh saya tahu nama penuh tuan?" soal wartawan wanita yang berbadan kecil.Muka da sikit-sikit macam amoi kat pasar malam.Haha."Nama saya Siddiq.Siddiq b Ramlee".Tu nama aku.

          "Ok,baru-baru ini,dunia perniagaan malaysia kecoh dengan pewarisan syarikat Damai Holding daripada tangan Tan Sri Sulaiman kepada tuan.Boleh cerita tak apa yang boleh berlaku.Yang saya dengar,tuan ni tak pernah bekerja untuk Damai Holding dan tak pernah ceburi bidang perniagaan.Kan?".Soalan amoi ni memang la.Dah ramai dah tanya.Aku naik letih nak citer balik.Kan dah kena main imbas kembali cam citer omputih."Camni citer nye....
        
                                                                          ***

             Nama aku Siddiq,ni hari pertama aku hadir ke function celebrate yang besar-besaran.Aku datang bukan undangan.Sebab kalau undangan,aku harus je datang function ni.Nak datang boleh,nak lepak umah makan meggi pun boleh.Aku wajib datang.Sebab aku function boy.Aku kena susun meja.Hantar makanan.Amik air batu.Tuang air mineral kat gelas kosong.Yang aku tahu,aku tak nak sentuh botol arak.Biar bos aku potong elaun bulan ni pun.Aku sanggup,asal takde duit haram aku telan.

             Bos aku ada citer tadi,yang malam ni ada majlis sambutan jubli emas syarikat koprat.Malas sebenarnya aku nak syif malam ni,sebab ada citer best kat umah tadi.Rugi lak tak dapat tengok.Bila bos aku cakap maybe tips malam ni cecah 400-500 hinggit,aku terus start enjin motor.Selalunya dari umah aku ke tempat kerja aku ni makan 20 minit.Malam ni lancar semacam,12 minit je dah aku sampai depan pintu opis bos aku.Macam ada luck je malam ni.Haha.

              Lupa pulak,aku kerja kat hotel Hilton PJ.Gaji boleh la,bagi mak aku sikit.Tunang aku sikit.Boleh la untuk hidup.Sekarang ni,aku tengah tunggu VVIP masuk dewan.Pastu,aku kena main lampu.Tutup semua lampu dan bukak kan spot-light kat pentas ucapan.Memang grand gila la majlis malam ni.Tak pernah aku handle majlis camni.Semua dato' n datin je datang.Kat papan pentas tu,ada tulis "Sambutan Jubli Emas Damai Holdings".1st time aku dengar nama syarikat ni.Budak-budak function lain semua teruja.Diorang cakap syarikat ni feymes,n tengah naik.

                VVIP mula masuk.Aku wat muka ceria je la.Ada gak artis tempatan turun.Aku tak kenal sangat.Dia pakai seksi je aku tengok.Terbukak sana,terbukak sini.Dia tu pernah berlakon citer Nur Kasih.Dalam drama punya tutup.Luar drama,semua nak bukak.Adehhh...dunia. 

                 Ada nyanyi-nyanyi cikit.Pastu makan-makan.Ala...macam majlis biasa je.Tapi,ada sesuatu yang aku rasa akan berlaku.Biar la,bukan aku pijak duit dato' datin yang tercicir time nak pi WC pon.Aku boring lak duduk depan.Baik aku lepak kat dapur,sembang ngan makcik cleaner yang selalu tawar aku jadi menantu dia.

                 Pintu dapur aku tolak,makcik cleaner tu senyum kat aku.Aku pun senyum balik.Lagi 2 tapak je nak sampai kat tempat aku lepak selalu,bos aku dah panggil.Suruh pi setting microphone kat stage tu.Hangin aku.Baru nak lepak-lepak.Lepas je setting mic,aku kena kawal stage lak.Takut ada masalah teknikal.Aku tengok ada meja panjang kat atas meja.Tak penah lak ada benda camni time function-function sebelum ni.Lampu semua ditutup.Gelap.Spotlight fokus kat meja putih panjang tu.Time tu gak,ada dato'-dato' bangun dari meja makan.Pi duduk kat meja putih panjang tu."Macam nak meeting je.." tu yang aku pikir dulu.

                  Pastu,ada pakcik tua amik mic kat aku.Dia pun mula berucap."Selamat malam semua.Nama saya,Tan Sri Sulaiman.Pengasas Damai Holdings.Kini,syarikat kita makin melonjak,setelah 50 tahun saya bangunkan.Mungkin malam ni,sudah tiba masa untuk saya umumkan pewaris syarikat ini.Umur saya pun dah lanjut sangat-sangat.Bila-bila masa boleh pergi.Di hadapan tuan-puan ini,calon-calon pekerja saya dan orang yang saya percayai untuk menerajui Damai Holdings selepas ini.Sebelum itu,saya mahu menguji mereka untuk memilih yang terbaik antara mereka".

                    Dato'-dato' yang berada di meja itu semua nampak seperti teruja.Seperti tak sabar.Ada yang taku,lap peluh di dahi dengan sapu tangan.Aku yang duduk tepi pentas pun terasa teruja.Haha.Entah pape la aku ni.Tan Sri Sulaiman mengeluarkan kertas putih di poket kot hitamnya.Satu soalan terpacul di mulut Tan Sri Sulaiman................

*panjang sangat lak,wat 2 episod la...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Aku tengok ada meja panjang kat atas meja."
ta faham-.-

-muhammin-

13 berkata...

ralat : aku tengok,ada meja panjang putih kat atas pentas