Selasa, 25 Ogos 2009

Dunia

Salam

pagi tadi buka utusan.com,jejalan tengok la berita-berita lam dan terjumpa yang menarik untuk ditulis di blog nih...

utusan 1

utusan 2
utusan 3

semua artikel akhbar utusan di atas membincangkan "Anu dalam botol"...
entah apa-apa la dunia zaman sekarang...dengan alasan mengajar diorang buat citer yang mendorong...

na'uzubillah...maksiat semakin berleluasa tapi bukan nak dikurangkan bahkan makin mahu ditambah....huhu...

Artikel-artikel di atas adalah dirujuk (untuk memberi keadilan, sila klik dan baca artikel-artikel tersebut terlebih dahulu sebelum membaca penulisan ini). Ia seperti satu pengulangan kepada apa yang berlaku di barat sehingga meruntuhkan institusi keluarga seterusnya sosial dan keupayaan negara mereka melahirkan generasi pengganti. Malah ia bakal meranapkan keupayaan bangsa mereka untuk melahirkan generasi pelapis yang mempunyai keupayaan intelektualisme yang tinggi dalam pembentukan evolusi pemikiran dalam kadar yang memperbaiki kelemahan generasi-generasi sebelum ini. Terpanggil saya untuk menulis tentang perkara ini, setelah membaca artikel susulan kepada kemajuan kerja-kerja untuk memastikan filem ini berjaya sampai ke layar perak. rujuk artikel 2

Cliché... memang cliché dalil yang diberikan. Muak rasanya mendengar perbuatan menghalalkan dasar akal yang sempit untuk berkarya songsang dengan memasuk kelucahan pada kejijikan perbuatan Sodom dan Gomorrah yang dihalalkan atas ‘niat untuk berdakwah’. Machiavelli sendiri berasa jijik di alam barzakh kerana sunnahnya digunakan untuk mengangkat karya transgender sempit lagi memualkan. Mereka berkarya seolah-olah Tuhan itu perlu tunduk kepada kekreatifan dangkal dari lubuk hati mereka yang terbuka untuk menasihati pihak lain yang dirasakan tidak betul. Jika hasilnya lima bintang sekalipun ianya tetap tidak dibolehkan, apatah lagi karya yang berbintang kusam lagi malap, lebih teruk kesan psikolognya terhadap semua yang terlibat dalam industri seni negara nanti.

Hujah yang diberikan untuk menghalalkan perbuatan haram di dalam filem atas alasan-alasan cliché yang diulang-ulang ini benar-benar memualkan. Cukup-cukuplah dengan cerita dalam kain sebegini! Perhatikan hujah yang biasa digunakan oleh mereka untuk mendiamkan kritik bahawa :

  1. mereka sudah pun merujuk ‘pakar-pakar agama’ dan ‘pakar-pakar’ ini menghalalkan tindakan mereka atas dasar fardu kifayah.
  2. mereka sudah pun merujuk banyak kitab-kitab dan membaca banyak tafsir al Qur’an untuk membuat rujukan.
  3. adegan lucah, jijik dan haram tersebut perlu ditonjolkan supaya penonton dapat faham apa itu yang dimaksudkan dengan seks luar nikah, seks luar tabii dan sebagainya kerana jika tidak dipaparkan secara explicit, penonton Malaysia tidak akan faham. Jadi menjadi tugasan mereka ini untuk menyekolahkan rakyat Malaysia yang menonton wayang.
Kenapa sampai perlu meraba? Kenapa sampai perlu berciuman antara lelaki untuk dipaparkan dilayar perak semata-mata untuk bercerita? Kenapa sehingga perlu seorang pelakon wanita meraba seorang lelaki semata-mata hendak menunjukkan suspens terkejutnya dia kerana temannya tidak ‘segagah’ yang diharapkan? Apakah umur yang sudah meningkat melembabkan kreativiti untuk menghasilkan insinuasi yang mencadangkan perlakuan buruk tanpa realiti tampak di layar perak? Jika umur dijadikan ukuran, kenapa karya-karya semasa muda dahulu pun dihasilkan pada tahap jauh dari boleh dibanggakan?

Jika benar pun hendak mendekatkan diri dengan golongan sebegini bagi tujuan dakwah, terdapat beribu kaedah lain yang lebih baik dan berkesan dan dengan tidak mempotretkan golongan ini sebagai hamba nafsu. Golongan sebegini sebenarnya sedang keliru. Jadi bagi yang hendak membawa mereka keluar dari kekeliruan, janganlah mereka sendiri keliru dan kelabu dalam pemikiran.

Begitu juga seharusnya dengan filem Malaysia, apa jua yang hendak disogokkan, tidak kira samada hendak memaparkan multiculturalisme Malaysia atau permasalahan sosial di Malaysia, seharusnya filem-filem itu berada dalam lingkungan yang masih dapat disabitkan dengan identiti Malaysia sebagaimana yang dikatakan Cesar Pelli. Kekangan peraturan seharusnya melahirkan pembikin-pembikin filem yang lebih kreatif dan bukan pasif dalam memggunakan akal. Majunya pemikiran pembikin filem akan memalitkan refleksi apa yang berlaku dipersekitaran sosial masyarakat negara ini. Jadi, berhati-hati, dan berfikir dalam-dalamlah sebelum menilaikan idea yang perlu direalisasikan dan mana satu idea yang membawa kerosakan. Semua yang baik itu dari Allah.. Wallahua'lam..

disunting dari satuhala.bogspot..

Tiada ulasan: