Sabtu, 22 Ogos 2015

Diari Encikgu #68

Mata Atiqah membulat. Pipinya merah. Hanya dia dan aku je dalam bilik kaunseling itu. Suasana di luar hiruk-pikuk dengan murid berlari melompat-lompat meja perpustakaan seperti bermain dalam rancangam realiti Istana Takeshi.

"Ok Atiqah. Cikgu adakan sesi kaunseling ni untuk kaji bagaimana keadaan murid. Segala butiran adalah sulit dan sila jawab soalan yang dituju dengan baik"

Atiqah angguk tanda faham. Pipinya masih merah dan senyumnya tawar.

"Cita-cita kamu?"

Dia gelak kecil sebelum jawab "Doktor"

Aku sambut gelaknya sambil menulis. Aku cuba tukar suasana supaya friendly untuk berbual.

Soalan terakhir dari aku "Apa makna kejayaan bagi kamu?"

"Saya ingin 5a dalam UPSR cikgu"

Loceng berbunyi. Tanda rehat sudah tamat.

***********

Semua murid tahun enam bertanya soalan rancak kepada Atiqah. Semuanya dijawab ringkas dan padat.

Aku angkat tangan.

"Apa makna kejayaan bagi kamu?"

Atiqah senyum. Aku balas senyum. Aku yakin dia flashback sesi kaunseling 1 tahun yang lalu.

"Kejayaan. Kita hargai jasa guru kita, tak kira kita berjaya atau tidak"

Selesai majlis dia datang kepada aku.

"Kalau cikgu tak koyak kertas saya dan sedarkan saya, takkan saya capai tahap ni. Terima kasih cikgu"

Atiqah. Pelajar terbaik 2014.

Tiada ulasan: