Ahad, 24 Jun 2012

hati lelaki rindui perempuan

Yup.

Aku rindu.Dah lama aku pendam perasaan ni.Bagi lumrah seorang lelaki,ego itu lagi mahal dari seisi dunia.

Bukan mudah bagi seorang lelaki turunkan level ego dia untuk perempuan.Ego itu jadi maruah bagi lelaki.

Pernah aku tahan lapar 2 hari sebab tiada duit dan berdegil tak mau terima duit dari senior perempuan aku.Ego aku tinggi.Bagi aku Maruah akan tercalar bila terima something dari perempuan.

Aku takut terkesan.Bila aku kerja nanti,aku takde duit untuk anak bini.Aku mula pinjam duit dari member-member perempuan.Mungkin alasan ni tak logik.Ego yang tinggi itu lagi logik menjadi alasan.

Yup.

Sekali lagi aku bagitau,yang aku rindu perempuan itu.

Kalau dulu selalu jumpa,aku takde nak zahirkan rindu.Mulut aku tak pernah keluar kata-kata "rindu laa".

Kini,perasaan ni membuak-buak.

"aku rindu mak aku"

Mak aku selalu tanya,"rindu mak tak?" bila aku call dari oversea.

Tukar topik.Tu jalan keluar aku dari menjawab soalan itu.

Ego lelaki jarang diturunkan,Islam tak ajar benda ni.Tapi ini lumrah diri seorang lelaki.

Moga aku berkesempatan untuk jumpa mak aku dan cakap

"aku rindu dan sayang mak"


2 ulasan:

husna [ nais ] berkata...

:)

budak adab berkata...

apa senyum2..tak pernah tgok org rindu mak ke?