Isnin, 28 Januari 2013

Retirro Park

Di taman itu aku duduk
Aku dan kawan-kawan
2 tin sardin dan 2 buku roti

Di hujung jalan
Di atas kerusi juga
Kerusi yang sama bentuk
Sama warna
Seorang lelaki berkaca hitam
Dan sexophone nya

Satu lagu dimainkan
Irama beralun merdu
Rentak mengasyik kalbu
Orang ramai yang lalu
Mula berhenti menonton

Aku suap roti sardin
Melihat tugu singa-singa berdiri gagah
Dan tasik yang indah

Angin bertiup
Membawa bau
Aku lihat ke bawah

"Ciss!! Camne aku boleh pijak taik anjing pulak ni?!" Jerit aku dalam hati.

Retirro Park,Madrid

Tiada ulasan: