Ahad, 6 Januari 2013

Tips untuk jadi bagpacker

Kali ni aku nak kongsi 5 tips sebelum bagpacking dengan member sejenis.Aku tulis berdasar pengalaman dan buka  gebang semata-mata.

1. Stamina

Sebelum keluar bagpacking,pastikan anda ada stamina yang cukup.Sebab selalunya bagpacker ni banyak berjalan dan bawak beg berat dan besar kat belakang badan.Stamina yang cukup mampu membawa anda berjalan pusing satu kota istanbul dengan berjalan sambil sengih-sengih dengan makwe yangbnaik trem elektrik di tengah jalan.

2. Emosi

Yang ni paling penting bila kita hadapi masalah.Cuba sebelum keluar travel gi jalan sekitar tempat tinggal anda sampai anda sesat.Like jalan-jalan kat midvalley sampai sesat dan atasi emosi gelabah dan cuak yang wujud time tu.Bertenang dan cuba bertanya kepada orang keliling mana anda park kereta anda tadi. *Parking midvalley besar kot,selalu org lupa tempat kereta dia park*

3. Bahasa

Bila kita berada di berada di tempat orang,komunikasi paling penting.Jangan sampai jadi ayam itik nanti banyak masalah berlaku.Macam aku gi turki last year,aku hafal ayat turki yang power dan sweet like "gouz guzel" (cantik mata awak) aku guna dalam trem untuk makwe bangun dari seat n bagi aku.Kahkahkah!

4. Kepala

Di sini maksud aku adalah perangai dan fikroh.Berjalan dengan member kena ada yang jenis kental,jenis jaga waktu solat,jenis tak suka muzium,jenis suka budaya,jenis suka alam sekitar.Jadi,bila travel macam-macam benda kita boleh dapat ilmu dan info daripada mereka.Paling penting jenis yang suka sejarah sebab setiap benda dalam dunia ini ada catitan sejarah

"Lemah dan rugi orang yang lupa pada sejarah" - Ibn Batutah.

5. Kewangan

Sebagai bagpacker bujang.Sila jadi simple dan budget.Kalau ada surau,bantai tido surau.Kalau ada bus station,tido bus station.Tapi jangan bantai tiap malam tak check in hotel.Mau kena pukul dengan member kang.Kesihatan paling penting,oleh itu tulang belakang kena rehat dengan tilam hotel/hostel yang empuk.

Ni je aku kongsi setakat ni.Bye bye.Viva de espana!

2 ulasan:

husna [ nais ] berkata...

(y)

Part bahasa tu paling best.kakakaka

ahmad alkhani berkata...

kahkahkah

try lah,tak rugi mencuba..timba pengalaman org kata