Jumaat, 12 Disember 2014

Diari Encikgu #54

Cuti sekolah merupakan waktu heaven bagi seorang guru. Tak kira dia guru apa asalkan cuti sekolah mesti dia rasa heaven. Kalau dia kata tak rasa, kau hempuk kepala dia tiga kali.

Jadi cuti sekolah waktu memeningkan mak ayah yang bekerja. Nak cari nursey jaga anak tak pun import nenek/opah/atok/mbah dari kampung untuk jaga anak-anak ketika mereka keluar ke kerja. Tapi ramai juga yang export anak-anak ke kampung di hari pertama cuti sekolah dan ambil semula di akhir minggu cuti sekolah. nenek/opah/atok/mbah di kampung lagi pening fikirkan aktiviti apa untuk cucu-cucu mereka buat. Ipad tak berenggan di tangan memasing.

Tapi di kala cuti sekolah juga dianjurkan satu program yang membuatkan anak-anak lelaki akan duduk diam di rumah sambil mengaduh "Abah, gatal la" "Ibu, pedih ibu pedih". Kalau ibunya jawab "Ibu tahu pedih" mesti dibalas "Tipu! ibu mana sunat!".

Yup. Bersunat merupakan aktiviti yang dianjurkan ketika cuti sekolah. Tok mudim senyum berseri poket masyukkkk dua tiga minggu ni. Ada saja jemputan, kejap kampung sana kejap kampung sini.

Panjang dah aku sembang ni. Aku nak cerita tentang Amir dan bersunat je.

           

          Pada bulan Jun yang lalu, Amir pernah jumpa aku di depan kelas. Betul-betul sebelum cuti sekolah bermula. Dia datang dekat dengan aku dan bertanya "Cikgu, kenapa orang laki kena sunat?". Soalan mencabar gini memang biasa aku dapat dari Amir. Dulu dia tanya aku kenapa orang letak gambar ayam dekat tin tapi dalamnya ikan?.

Aku fikir panjang dan jawab "Supaya kita jadi lelaki. Amir nak jadi laki kan?". Amir angguk laju seperti menjawab tanpa berfikir.

Beberapa bulan berlalu. Tiba bulan 12. Pagi tadi aku ke masjid, ada majlis berkhatan beramai-ramai. Masyarakat zaman sekarang memang gila-gilakan benda free gini. Tahlil,kenduri kahwin,majlis aqiqah,majlis tunang,dapur jalanan,pasar percuma. Ini semua benda orang kejar sekarang tak kira level mana diorang dalam masyarakat. Asalkan boleh benda free.

Aku sampai je aku ternampak 2 3 orang junior perempuan sekolah lama ku dekat booth jual tudung. Aku berdiri gagah dan bersembang rancak dengan diorang.

Tengah sedap aku bersembang tiba-tiba aku terdengar nama aku dipanggil dari arah belakang dengan kuat. Aku pun berpaling.

"Cikgu! Cikgu! Saya dah jadi lelaki" kelihatan Amir sedang menjerit sambil tangannnya pegang kain pelikat. Takut bergeser, nanti pedih.

Terus aku blah dari situ tinggalkan makwe-makwe yang sedang ketawa terbahak tengok scene tu. Aku cari port jamuan free untuk parent yang daftar anak bersunat. Aku mana sarapan lagi.

Sekian.

1 ulasan:

Aziey berkata...

"...Dulu dia tanya aku kenapa orang letak gambar ayam dekat tin tapi dalamnya ikan?...."

yang ini sy pun pening jugak cari jawapan.. hahah