Jumaat, 1 Januari 2016

Diari Akob #1

Bola kuning berguling-guling di celah-celah motorsikal yang tidak disusun teratur. Ada motor dari pantai timur, ada dari pantai barat dan ada dari selatan tanah air. Tapi yang banyak berplat pangkalnya D.

Bunyi anak-anak flat bermain di depan pintu rumah masing-masing kedengaran. Seperti biasa waktu petang memang waktu commonly mereka bermain depan pintu rumah. Masing-masing tak berani turun ke padang permainan sejak anjing-anjing liar buat port di situ. Lagipun buaian dah tinggal satu je, kalau nak main kena tunggu turn. Itupun kalau takde chikaro melepak dengan mat rempit sambil usik-usik pipi gebu.

Akob baru pulang dari sekolah. Mukanya letih memikul beg sekolah yang lusuh. Rasanya dah 2 tahun dia tak tukar beg sekolah baru sejak mak dia lahirkan adik bongsunya. Akob masuk rumah je terus campak beg ke atas sofa dan buka peti ais. Kosong. Hanya ada buah apple 2 biji, satu dah gigit satu lagi belum dan sebotol air sejuk. Air sejuk diambil dan diteguk.

Pintu rumah dibuka. Ibunya masuk bersama adiknya di tangan.

"Kob, dah makan?"

Akob angguk perlahan.

"Macam biasa ye, nanti lepas maghrib bawa adik pergi rumah cik siti" pesan ibunya sambil membuka butang baju.

Akob angguk lagi, tapi kali ni tangannya membuka plastik roti atas meja.

"Papa kerja malam ni?"

Ibunya teguk habis air sejuk dalam botol hingga habis. Dilap mulutnya dan berkata "Kerja. Malam ni tahun baru double kalau kerja".

Akob bangun dari meja makan dan dukung adiknya. Dia bawa masuk ke dalam bilik, pintu dihempas kuat. Dia dan adiknya berbaring menghadap shiling.

"Dik, kau tahu tak dulu abang hidup gembira je. Semua yang abang nak abang dapat. Sejak 3 tahun ni macam-macam abang minta tapi alasan papa dan mama bagi pun bermacam-macam. Dulu rumah kita banglo, tapi sejak kena tarik dengan bank kita pindah duduk flat ni. Dulu keluarga kita ada kereta, tapi bank tarik juga kita ada motorsikal sebiji je. Sebulan dua ni papa dan mama sibuk bekerja. Bahkan papa dan mama cari kerja lagi untuk waktu malam" Akob berceloteh dengan bayi di sisinya. Dia tahu adiknya tak faham sepatah habuk apa yang dia kata namun dia tetap nak luahkan.

Kedengaran pintu rumah ditutup dan dikunci gril dari luar. Ibunya keluar bekerja di Giant waktu malam, pagi haari bekerja jadi akauntan. Bapanya pula pagi memandu lori dan malam jadi sekuriti. Bayang bapanya memang susah nak nampak di rumah sebab lepas kerja pagi terus ke tempat kerja malam.

Akob bangkit dari baring dan keluar dari bilik. Dia mahu siapkan kerja sekolah sementara menunggu azan maghrib. Matanya terpandang sesuatu di atas meja kecil depan sofa. Dia tersenyum.

Sebijik cupcake dan kertas tertulis "Selamat Harijadi Akob dan Selamat tahun Baru"






#2016 tahun mencabar masyarakat untuk teruskan hidup

Tiada ulasan: