Ahad, 3 Januari 2016

Diari Akob #3

"Kob, u lah pergi dulu" Chukang bisik perlahan. Sarivaji angguk setuju dengan kata-kata budak cina tak sunat tu.

Kebiasaannya maghrib selepas hantar adiknya ke rumah mak cik siti, Akob dan dua kawannya bermain sekitar flat. Seorang india dan seorang cina. Hari ni diorang nak cuba sesuatu yang lain. Akob teringat memori dua hari lepas.

****

"Appa aku pun kata situ keras punya tempat" kata Sarivaji. Akob dengar je sambil matanya memandang ke tempat yang dikatakan. Blok G tingkat 3. Ramai dah cerita tingkat tu berhantu, ada yang nampak pocong dan ada yang nampak nenek kebayan ketuk-ketuk setiap pintu rumah bila jam 12 malam.

"Betul. Abang saya pun nampak benda tu bawah tangga semalam" Chukang tambah lagi cerita. Akob dah gosok-gosok belakang tengkuk, meremang rasanya.

"Ok. Esok malam kita tengok ada apa kat situ" perbualan mereka berhenti di situ kerana mereka berlainana haluan pulang ke rumah masing-masing.

****

"So, u nak pergi tak ni? Ke u ni tak berani takde telor?" Chukang usik Akob sambil pegang bahunya.

"Mak aku cakap lelaki takde telur, perempuan je ada. Lelaki ada testis" balas Akob sambil mula melangkah tangga naik ke tingkat tiga.

Satu persatu tangga dia pijak diikuti Chukang dan Sarivaji. Tingkat tiga gelap tiada lampu, hanya lampu tangga je bernyala. Akob pernah dengar rumah kat situ bangla je duduk, pukul satu pagi baru mereka pulang ke rumah. Akob perasan juga bilangan bangla makin bertambah ramai dekat bangunan tu.

Tangan Chukang tegak ke depan, jari telunjuknya tuju pada satu arah. Menggeletar. Sarivaji dah goyang lutut. Akob tenang. Dia tak nampak apa pun. Dia cuba fokus dengan mengecilkan matanya.

Kelihatan belakang badan seorang budak perempuan sedang mencangkung di bawah tangga. Di depannya terdapat bungkusan nasi dibuka di atas lantai. Rambutnya kusut dan dia berpaling perlahan.

Belum sempat palingan itu sempurna, Akob terduduk dan dua kawannya lari dari situ. Dia tutup matanya dengan telapak tangan.

Telinganya tangkap bunyi orang berjalan perlahan dan bernafas di depannya.

"Awak siapa?"

Dia buka matanya. Budak perempuan berambut kusut itu berdiri depannya. Akob pandang ke bawah tangga tadi, kelihatan 2 anak kucing sedang makan nasi bungkua tersebut.

Akob berdiri sambil tepuk debu-debu di seluarnya.

"Saya Akob" sambil senyum.

"Oh nama saya Intan" balas budak perempuan itu sebelum jarinya korek hidung.

Hari ini Akob temui sahabat baru. Anak bangla.

Tiada ulasan: