Sabtu, 9 Januari 2016

Diari Akob #4

Kringggg!!! Kringgggg!!!!

Loceng sekolah berbunyi. Tanda tamatnya waktu rehat sekolah di waktu pagi. Akob berjalan perlahan, sengaja dia berjalan perlahan. Sorang demi sorang kawannya melepasinya. Farah, Amin, Fatin, Shafiq, Luqman je yang Akob kenal. Yang lain semua dia tak tahu namanya.

Sekejap lagi masa Bahasa Melayu, cikgu rosalinda yang mengajar. Akob tak suka subjek bahasa melayu sebab tiap kali kelas mesti ada sesi soaljawab.

*****

"Baik kelas, tutup buku masing-masing" arah cikgu rosalinda.

Semua murid mengikut arahan yang diberi.

"Setiap manusia ada cita-cita. Orang yang bercita-cita itu orang yang berimpian, orang yang berimpian itu akan berusaha dan dia berjaya. Maka orang bercita-cita itu adalah orang yang berjaya. Jadi, cikgu minta setiap dari kamu berdiri dan sebutkan cita-cita kamu" panjang lebar cikgu rosalinda terang.

Sorang demi sorang berdiri dan sebut cita-cita. Ada yang nak jadi doktor, ada yang nak buka bengkel kereta, ada yang nak jadi pemain bola sepak dekat Brazil, ada yang nak jadi pembantu rumah di rumah bos yang hensem (ini semua pengaruh drama tv petang² lah ni!).

"Baik, Akob apa cita-cita kamu?" cikgu rosalinda kini di depan mejannya.

Akob berdiri. Dia senyap berfikir, menyusun ayat cantik agar tak tersasul. Kalau tersasul mesti kena gelak dan kena bahan.

"Saya nak jadi orang ada duit, tapi bukan orang kaya. Ada orang kaya tapi dia berhutang. Mak ayah saya pernah cakap jangan jadi orang yang berjaya kaya tapi tidak berduit"

Cikgu rosalinda melopong. Mungkin fikirannya terfikir hutang bank pinjaman beli kereta,rumah dan untuk majlis kawen tahun lepas.

Akob duduk dan selambe sharp pensil 2B nya.

#hari ini Akob mula tanam cita-cita

1 ulasan:

fay azalea berkata...

Weiiii. Takda whatsapp ka?