Rabu, 9 Mei 2012

chenta mongki (1)

7 januari 2000

Tahun ni,aku baru darjah tiga.Macam budak-budak lain.Nakal dan berhingus.Ponteng kelas,main bola belakang kelas,tiru jawapan kawan buat kerja sekolah tu dah jadi darah daging aku.

Tapi tahun ni ada yang berbeza.Special bak kata orang.Istimewa bak kata opah aku.

tahun ni fes love aku kot.Chenta mongki di zaman sekolah.Amik kau,baru darjah tiga kot.Aku time tu ingat aku suka kat sorang gegurl ni.Budaknya hitam-hitam gitu.Entah apa aku suka kat dia,budak kot..bukan anak gadis mahupun wanita.

Langkah pertama aku sebagai admirer dia,aku bagi hadiah.Lumrah budak sekolah rendah yang takde duit dan bergantung pada duit mak bapak bagi.Duit belanja time tu 50 sen je.Beli nasi lemak 30 sen ngan air sirap dah 40 sen.Baki 10 sen tu simpan beli jajan time on the way balik sekolah.

Time ni aku baru hafal surah lazim juzu' 30 dan belajar bab ikhlas n tawakkal dalam pelajaran akhlak.

Balik rumah aku selongkar bilik parent aku time diorang solat maghrib berjemaah.

Aku rembat :-

- minyak atar bapak aku
-kerongsong bunga pink mak aku.



Hadiah mesti la kena bungkus,lantas aku berlari ke dalam bilik air lepas amik surat kabar Utusan Malaysia ngan selotep.

Zapp Zappp!! siap aku bungkus dengan jayanya.Tinggal nak letak bedak-bedak wangi sikit.Time tu mana ada henset,BBpin,twitter or facebook untuk aku tulis nama profile or email kat bungkusan tu.

Malam tu aku tido lena sambil letak bungkusan kecil yang terpampang perkataan "Malaysia" warna biru.Tido dengan letak bungkusan tu bawah bantal.

sambung nanti............

2 ulasan:

husna [ nais ] berkata...

Haha, cepat-cepat sambung. Aku suka baca kisah-kisah cinta ni. Hihihi -..-

budak adab berkata...

geli la org jiwang-jiwang ni