Khamis, 10 Mei 2012

chenta mongki (2)

8 januari 2000

Cam biasa,pagi seperti pagi sebelum ni.Suasan embun pagi masih belum tersejat dek kondensasi berlaku bila mentari mula muncul bersama sinarnya.Ayam berkokok merdu yang mana ada dongeng mengatakan ada pertelingkahan antara ayam dan naga.Kalau versi islamik katanya ayam kata "wahai orang islam,bangun solat subuh!".

Pagi tu mak aku kejut aku bangkit (baca : bangun) dari tidur yang nyenyak.Biarpun tidur sebelum nightline ditayangkan,aku tetap bangun dengan keadaan malas.Biasa a,badan budak-budak perlukan tidur yang cukup.Paling koman 6 jam.

Time bangun tu nasib baik tak kantoi dengan mak aku hadiah tu.Lantas aku mengemas toto yang aku tidur tu.Bungkus sekali dengan tilam.Jadi macam popia.Zaman tu aku mana pakai katil,toto menjadi tempat aku dan adik beradik yang lain berbaring.

Cam biasa,mak aku jerang air dan letak dalam baldi untuk aku mandi.Darjah 3 ni gak aku belajar mandi sendiri tanpa siraman daripada mak aku.Berdikari kata orang tua.

Sempat aku selongkar carik hengkercip (sapu tangan) bapak aku untuk balut hadiah tu,segan la ada tulisan Malaysia tu.Nak kaver sikit.

Pas sarapan ringkas,aku dibonceng bapak aku ke sekolah dengan muka berbedak dan mata tertutup.Sebelum aku masuk mimpi bila sedap peluk bapak aku,dah sampai sekolah.Honda EX5 WAA 2787 tu berjasa gila dengan family aku.

Kampung aku maju.Takde babi hutan lintas jalan,ular lilit tiang letrik..paling seram ada biawak parit je.

Macam biasa,sekolah agama.Ada perhimpunan pagi dengan asma'ul husna dan lagu sekolah.Ringkas dan padat.Tapi takde la guru besar citer pasal gaji guru-guru naik ke,pasal nak beli tanah untuk padang ke.Cuma pesan jangan banyak main,exam sekitar sudut je,omputih panggil around the corner.

Citer laju-laju.....blablabla

Time rehat hari tu,aku sorang dalam kelas.Aku cepat-cepat keluarkan hadiah dan cepat-cepat lari ke meja gegurl tu dan letak hadiah tu dalam laci meja dia.

Abis je rehat....




p/s : panjang pulak citer ni

4 ulasan:

husna [ nais ] berkata...

moja rumah kau ni kat mana sebenarnya?

Cidak berkata...

k.

budak adab berkata...

nais : kampung delek,klang

cidak : thanks komen

tepianmuara berkata...

sambung weh!