Jumaat, 11 Mei 2012

chenta mongki (3)

8 januari 2000

Semua budak kelas aku dah masuk kelas.Aku je terkedek-kedek jalan slow-slow dari kantin.Sekolah aku Sekolah Agama Rakyat,pernah kot jadi isu suatu masa dulu pasal SAR ni.Pasal diorang perlukan bantuan sebab budak-budak sekolah SAR ni ramai yang bijak pandai bestari tetapi sekolah tak cukup peralatan dan kemudahan serta guru-guru professional untuk membantu budak-budak sekolah mencapai tahap yang sepatutnya.

Sekolah aku tingkat bawah batu dan tingkat atas kayu.Tingkat atas takde tingkap kaca,ada jaring besi sebagai tingkap.Seperti reban ayam,tapi itulah tempat aku menceduk permulaan ilmu agama aku.

Lepas naik tangga,aku jalan laju sikit sebab aku baru teringat yang mengajar sekrang ni guru disiplin sekolah,ustaz tarmizi.Mau kena sound nanti kalau lambat masuk.

Macam yang dijangka oleh otak aku setelah neuron-neuron bekerja kuat,ustaz tu memang dah masuk.Aku ketuk pintu slow-slow sambil senyum buat muka baik.Nasib baik mood ustaz tu baik,meibi sebab guru besar umum naik gaji kot.

Meja aku betul-betul depan meja guru,tu tandanya aku pelajar hebat dan cerdik sebab dapat duduk depan.Bila duduk depan fokus bertambah dan mudah masuk.Hahaha.Mana ada la,aku duduk depan meja guru sebab nama aku mula huruf M dan bila disusun tepat kat meja tu aku kena duduk.

Member sebelah aku budak skema yang selalu bawak botol air merah ada tali pastu sangkut kat leher.

Tiba-tiba,gegurl pi kat meja guru betul-betul depan aku.Dia keluarkan hadiah aku then terus bagi kat ustaz tu."Ni saya jumpa bawah meja".

Ustaz tu bangun dan berdiri depan kelas sambil cakap "Ni siapa punya ye? bau wangi-wangi ni".Aku cuak bai,terus buat muka relaks tanpa respon.Satu kelas tak tahu siapa punya.

Habis kelas je,aku terus gi bilik disiplin dan jumpa ustaz tu.Dengan tenang dan macho aku ketuk pintu kayu lusuh yang engsel belah bawah tu agak longgar.Aku masuk.Senyum-senyum.Ok la,sengih-sengih.

Aku terang semuanya kat ustaz tu dari A-->Z dan ustaz tu gelak sambil cakap,"kau kalau dapat 5A UPSR,kompem kau boleh dapat dia".

Peh,termotivasi aku tahun tu.Ujian lisan aku dapat cemerlang,ujian hafalan surah lazim aku paling laju menghafal,ujian tengah tahun agak best keputusan,akhir tahun aku berjaya dapat top 15..ok apa,kelas aku 20 org je.

...
...
...
...
...

4 januari 2001

Time ni kena beli buku,ustazah-ustazah yang jual buku teks.mana ada pinjaman atau biaya buku teks kat sekolah aku.Pandai ustazah sekolah aku promot jual buku,meibi kesan jualan kuih raya time ramadhan dulu kot.

Lepas angkut buku yang banyak gila tu.Aku ngan mak aku terus gi daftar nama untuk kelas darjah 4.Setahun lagi aku naik darjah 5 untuk UPSR.Mak aku mana yakin aku budak power sebab kerja sekolah pun mak aku yang kena buatkan.Haha.

Time tengok kat list darjah 4,aku pelik.Nama gegurl takde pun.Bila dah settle semua,mak aku dah keluar menuju ke bilik Hal Ehwal Pelajar,aku tanya guru kelas aku sambil masuk dua-dua belah tangan dalam poket seluar."ustazah,mana nama ***** ?".

"oh,dia dah pindah sekolah"

Ok,malas citer yang aku nangis dalam bilik air waktu maghrib dan mak aku ketuk bilik air kuat-kuat,ingatkan aku kena sampuk hantu time maghrib kes main kat semak belakang rumah petang tu.

Entah la...semua ni buat aku kenal dunia ni 1% sebab macam-macam lagi aku tak tahu time tu.

Tapi,entah macam mana aku ditemukan kembali dengan gegurl tu 4 tahun lepas.Hahaha.

Aku ke jordan...dia ke jordan...

Sekian.



6 ulasan:

husna [ nais ] berkata...

Seriouslyyyyy? Moja awek kau sekarang ni ke gegurl tu? Aaaaaaaaa. *jawdrop*

husna [ nais ] berkata...

Seriouslyyyyy? Moja awek kau sekarang ni ke gegurl tu? Aaaaaaaaa. *jawdrop*

husna [ nais ] berkata...

Eh terkomen dua kali ke. Maap maap. Haha

budak adab berkata...

gelabah la nais ni..haha..sikeret la..mana blh bgtau

husna [ nais ] berkata...

aaaaaaaaaaaaa. bagitau je la. -..-

budak adab berkata...

tak nak!!! jgn ngade2