Khamis, 3 Jun 2010

12 heroes

2 June 2010

Tepat jam 10 pagi,buka je yahoo messenger macam hari-hari sebelum ini."12 aktivis berada di amman" tu la ayat mesej offline pertama aku di pagi hari tu.Lantas,aku terus mencari sape-sape budak Irbid yang nak gi Amman.Alhamdulillah,dalam masa 1 jam sahaja ada 12 orang bergerak ke Amman.Pukul 3 kami bertolak dengan menaiki kereta putih (serfis).Dalam perjalanan,aku hubungi senior yang dah berada di sana.HOTEL CROWNE PLAZA,nama tempat yang aku nak tuju.Dalam perjalanan tu juga la aku baru tahu yang budak-budak lain nak gi destinasi lain.Bukan nak gi hotel...aku amik keputusan pergi ke hotel dan berpecah dengan mereka.Aku dan seorang kawan aku,Ustaz F pergi ke hotel untuk bertemu 10 dari 12 orang aktivis.(2 orang ke tempat yang kawan-kawan aku tadi).

Crowne Plaza...hotel 5 bintang yang tersergam indah di tepi Bulatan 5 (Raja jordan support kos ktivis yang duduk di sini).Masuk je kena check dengan metal detector.Haha...macam kat airport pulak.masuk je lobi,nampak 2 3 biji kemara wartawan yang tengah temu ramah orang algeria(ada vest lambang bendera).Kami berdua terus naik ke bilik 701.

Alhamdulillah,bertemu gak ngan orang kampung yang jadi aktivis ni.Senyum je la jumpa orang yang kita kenal.Sembang-sembang cikit pasal jordan.Tengok TV dulu pasal serangan.Pastu baru masuk bercerita......

"Masa tu barang-barang dari kapal-kapal kecil baru sampai.Kami punggah orang dan barang-barang yang nak dihantar ke Gaza ke kapal besar (mavi marmara).Kapal ni (memuatkan 600-700) ade 3 dek,dek pertama(atas) untuk media,yang kedua(tengah) untuk negara-negara lain dan yang bawah sekali la kami malaysia dan beberapa buah negara.Selesai je pindah barang dan aktivis lain,kapal-kapal tu balik atas sebab ada kerosakan.Tinggal la kapal kami di situ.Ok,7 jam sebelum serangan,memang kami dah jangka yang kami  bakal diserang.Kami berkumpul dan berfikir dan bertaubat.Itulah yang kami lakukan.Tiba subuh hari itu (hari serangan),kami group pertama solat (ada solat bergilir-gilir) dan habis je solat kedengaran takbir berlaung dari atas...Allahhuakbar!! ketika ini skuad turki semua di dek pertama dan kami berada di dek kedua.Kami(geng dek 2) keluar ke sisi kapal daripada perut kapal.Kelihatan  bot israel menghampiri kapal dan mula membaling cangkuk untuk memanjat naik.Ketika itu,orang arab mengambil hos air (bomba) dan pancut sekuat hati kepada askar yang sedang cuba naik.Mereka gagal naik ke kapal dan pergi jauh sedikit dari kapal.Ingatkan habis di situ,mereka menuju ke tempat di mana malaysia berkawal,mereka cuba naik dan kami cuba pancutkan air hos.Tapi,air sedikit sahaja yang keluar dan time tu ada botol air 10 liter.Kami campak botol tu yang penuh lagi ke bot di bawah tu.Bot itu bergoyang kuat dan lari dari situ.Alhamdulillah....kemudian,kedengaran bunyi helikopter (bukan apache) kuat di atas.Time tu komando-komando turun (video yang dirakam tu,berjaya disalur keluar guna satelit turki yang israel xberjaya sekat..satelite lain semua disekat,sebab tu tiada video rakaman lain) dan mereka dipeluk askar turki dan dibuang senjata mereka.(di sini dapat dilihat yang kita datang dengan aman,kalau nak bunuh..time diorg tengah turun dah ditembak awal-awal).Komando-komando diikat dan diletak tepi.Kemudian,helikopter kedua datang dan time inilah mereka mulakan serangan.Serangan dengan peluru hidup.6 orang mati disitu juga.(Dr Mohd Arbai’e bin Syawal berkata die sempat cium bau wangi kasturi dari badan 3 orang yang syahid..inilah bukti syahid,bukan senang nak kecapi).Kemudian,israel menyerang dek kedua dari atas dek pertama dengan menembak membabi buta guna peluru getah.(macam main paintaball...sakit gak).Kapal ditawan selepas captain kapal ditawan.Kami tak membunuh mereka atas dasar kami tahu ada armada menunggu isyarat.So,semua ditawan dan kami di ikat tangan ke belakang dan duduk antara dua sujud selama 4/5 jam.Setelah bangun,kami rasa seperti tiada sepasang kaki(darah tak mengalir di kaki).Kami berputus untuk berpuasa setelah perut tak diberi makan.Pisau dapur diambil dan dijadikan bahan bukti yang menunjukkan mereka benar dengar tuduhan menyerang kerana kami bersenjata.Tiba di lokap kami dilayan agak baik sebab israel takut dengan gesakan dunia yang sedia ada.Kami ditempatkan lokap yang indah(wakil penjara2 israel cakap lokap tu berkali2 puluh ganda baik dari lokap yang lain).Lokap tu baru buat,macam khas untuk kami je.Ada katil,tingkap..macam bilik hotel,cume tilam je keras..macam tidur kat lantai.Kami diperiksa dan semua barang dirampas termasuk kamera cameraman ASTRO AWANI.Kami diberi baju hijau dan seluar pnjara.Then,duduk beberapa jam.Kami dibebaskan dan tiba di Jordan melalu King Hussein Bridge..sekian"

*ada kameraman gune flash time rakam komando turun,disangkakan senjata seperti senapang...tergolak aku dengar

ada yang tak boleh diceritakan...rahsia dalam rahsia

Kemudian kitorang pun menyibuk gi Embessy dan malam tu tidur dengan diorang.Sebelum tidur ketua aktivis malaysia bagi sedikit nasihat kepada kitorang semua ni.Hari ni diorang akan buat pasport dan beberapa aktiviti sebelum pulang ke istanbul dalam masa terdekat.


SEKIAN....


  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal Malaysia (AMAL MALAYSIA)
  8. Dr Selamat bin Aliman,  Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

2 ulasan:

Qurratu Aini berkata...

semoga sentiasa dibawah naungan-Nya.

ahmad alkhani berkata...

semoga selamat tiba di tanah air...