Ahad, 25 Julai 2010

king kong...superman...chucky




Jom kita tengok ape yang ada dengan 3 benda ni.....layanzz...

King kong : Setelah menonton filem king kong minggu lepas,aku dapat gak release tension exam 1st.Seekor haiwan yang dari hutan yang liar menjadi jinak setelah bertemu seorang gadis dari bandar.King kong ini berjuang menjaga gadis ni sampai la akhir hayat dia.Kasih sayang haiwan begitu mengancam..haha.Akhirnya binatang ni mati ditembak ngan jet perang.Tapi,ada dialog best last tu : "bukan dibunuh dengan tembakan,tapi dengan panahan cinta"...terbaik dialog ni.Semua budak-budak umah aku senyum time part tu.

Superman : Ni aku tengok pagi tadi.Memang best la hikayat citer ni.Semua kebal.Semua tak lut.Sampai anak mata tu kena tembak pun takde pape.Kalau nak terbang nak laju je.Pastu gaya mesti ada.Rambut tak kusut sikit habuk pon.Tapi.....kalah dengan batu hijau.Memang terbaikk la.Nak tak nak mesti ada kelemahan.Kuat mana kita ni,mesti ada kelemahan.Dan kalau kita dapat atasi kelemahan diri kita.Tu nama nya kita kuat dari hero-hero dunia.Kalau kita kalah ngan nafsu..masya'allah.Kalau kita kalah ngan malas...kuatkan diri kita agar tidak malas.Kan bagus camtu.

Chucky : Ni cerita seram yang memberi aku satu pemikiran baru.Kalau dulu-dulu,mak kita semua mesti penah sebut."jangan beli anak patung tu..kang hidup cam chucky".Mula-mula aku tak paham sebab aku tak tengok cerita ni.(cerita movie inggeris malam-malam,aku tido awal time kecik-kecik dulu).Kalau mindset kita dari kecik sampai besar dah di"set" camtu.Memang payah nak hilang.Bila aku tengok je ber2 ngan kawan aku sorang ni semalam.Nak tidur je,aku tengok pintu.memang terkesan la cerita tu.Ada rasa takut tu biar dah berzaman berlalu.Mindset seseorang payah ditukar melainkan......................orang yang penting mengubahnya.

sudut khas : nape gambar ruby??1st time aku turun main ngan budak-budak medic n dentist.Aku sorang budak yarmouk.Hahaha...tak reti aku main.Tak mengalir darah pemain rugby dalam badan aku.Tapi,ayah aku penah cite dia main zaman dia muda-muda dulu...nape aku tak reti main???????

wasalam

Tiada ulasan: