Jumaat, 16 Julai 2010

seminggu berlalu...masanya sudah tiba


Calon Siswa J.U.S.T :

1) Ahmad Faiz bin Azra’in
2) Muhammad Hashemi Dahalan bin Md Razip
3) Muhammad Arif Hakimi Bin Mohd Nor
4) Tuan Ahmad Zulkarnain bin Tuan Abdul Rahman
5) Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa

Calon Siswa Yarmouk :

1) Ammar Bin Ismail
2) Azlan Shah bin Nabees Khan
3) Mohd Zaid bin Daud
4) Ahmad Firdaus bin Kadir
5) Mohammad Radhi bin Mohammad Noh


Ni post aku wat khas untuk pilihanraya PERMAI kali ini.Dengan diorang wat kempen 505 pengundi keluar membuang undi.Aku rasa kempen itu hanya sekadar kempen.Sebab apa??sebab kita tiada 1 pembentung yakni pengukuh antara JPR dan pengundi-pengundi.Bila aku duduk dengan AJK JPR dan pengundi (pengundi tegar),semua nak bertikam lidah dalam mempertikaikan kerja masing-masing.Kini,aku nak membuat perutusan apa  yang berlaku dalam tempoh berkempen ni.Predict aku last post ni baru aku bagitau.
1. Tiada tolak ansur

Dalam pencalonan,semua yang dicalonkan ada hak untuk menarik diri dari pencalonan.Betul apa yang mereka lakukan sebab itu hak mereka.Dengan alasan "tak munasabah",JPR (Jawatankuasa PilihanRaya) telah menolak sebahagian dari surat pencalonan.Pabila itu berlaku,akan ada tidak puas hati dari calon itu.Dan calon itu telah menyebarkan berita ketidakpuas hatinye kepada semua rakyat.Ini menunjukkan ada unsur tidak menerima alasan penarikan.Jadi,kita hanya mampu melihat sebab kita bukan calon dan kita bukan JPR.Kita PENGUNDI.Hak kita mengundi.Tapi,ingat!!!kita ada hak pertikai ketika berlangsungnya AGM (mesyuarat agung) kang.Jangan kita pertikai di media dan ruang sosial dan senyap sahaja.Apa pun,calon yang tak diterima penarikan itu pasti dalam tekanan dan dilema.Semoga perkara ini tak berulang tahun hadapan.

2. Pengantian calon
Bukan tidak puas hati dengan cara ini.Cuma lagi bagus jikalau calon itu tarik diri dan tidak diganti oleh mana-mana nama yang lain.Sebab,kita bagai melihat permainan bola.Pabila sorang itu cedera,boleh pulak diganti.Kita ini dalam pilihanraya,kita mahukan sesuatu yang professional dan kompleks bagi rakyat melihat perjalanan yang licin dan moden.Gerak kerja yang ada ke'kantoi'an sedikit bakal memberi pandangan sinis terhadap sesuatu pihak.Mungkin pihak JPR mahu nampak adil dalam kuota calon agi 2 universiti ini.Adakah kouta yang penuh kita mahu kejarkan?sedangkan calon yang dinaikkan bukan terbaikk dan bukan dengan rela hati...renung-renungkan la ye

3. Calon "cabut" ke malaysia

 Bukan calon yang dicalonkan lari.Masalah ini timbul pabila kita takleh nak calon orang yang ada di malaysia.Sedangkan merekalah sepatutnya dicalonkan oleh rakyat PERMAI.Mereka pulang dengan tujuan murni,bukan lari dari dicalonkan.Sebab itulah nama yang naik ini ada je yang pertikaikan.Sebab ada yang lagi layak.Yakni,ada yang rakyat nak namakan tapi,tak boleh atas alasan dan syarat yang JPR keluarkan.(tidak boleh namakan orang yang ada di malaysia).Kami bukan bangkang,cuma kami mahu perubahan sebab sebelum ini pon syarat ini digunakan (senior bagitau).Moga AGM kali ini dibangkitkan pasal benda ini.

4. Kempen Ekstrem n Neutral

Terbahagi 2 pihak dalam berkempen jikalau dilihat secara sekali pandang kat Irbid ni.Pihak pertama adalah ekstrem.Mereka akan kempen habis-habisan bagi 1 calon ni.Mereka buat video la...poster khas la...memang mantap dan pelbagai.Dari 1,keluar 2...dan seterusnya.Apapun mereka back-up gile-gile calon pilihan mereka.Alhamdulillah tiada yang mencaci calon lain.Bagus,kempen yang sihat.Bagi pihak neutral pulak,mereka mengempen semua nama n semua calon.Sebab mereka ini penghidup tempoh kempen ini.Mereka bagai bunga-bunga lily yang berkembang di padang bola lisut ketika musim bunga.Masih tidak kelihatan ribut atau mendung di langit ketika kempen berlangsung.Mengharap kempen yang sihat agar tidak berpecah melainkan pecahnya pilihan masing-masing dalam mengundi.

5. 505

505 adalah target pengundi yang bakal mengundi tahun ini.Pihak JPR mahu menunjukkan kempen mereka bakal berjaya setelah kempen dan terus berkempen kepada setiap ahli PERMAI.Setiap masa kempen ini berlangsung.Cuma kedengaran suara sumbang dari pihak JPR sendiri mengenai kempen ini.Adakah kita mampu yakinkan orang benda ini bakal berjaya sedangkan ahli kita sendiri tidak yakin??Para pengundi ada yang terjua dengan kempen ini dan ada yang hanya memandang sebelah mata sahaja.Mereka bukan mengharap jumlah yang keluar mengundi.Mereka mahukan calon yang terbaikk..adakah kita bersuka ria dengan kejayaan jumlah yang keluar mengundi sedangkan pemimpin yang naik bukan yang terbaikkk???

6. Latarbelakang

Dia tu budak tahun 1.Takkan menangnye.Tengok la dari ayat ini.Menunjukkan ada yang memberi pandangan sinis terhadap mereka yang tahun 1.Latarbelakang tak menjadi masalah.yang penting adalah gerak kerja nanti.Adakah mereka bakal bersungguh???kalau calon itu tak feymes,tapi kerja memang tip top.Adakah harus dibiarkan??merekalah seharusnya diberi peluang menjawat pimpinan kerana di situ kita dapat melihat gerak kerja mereka.Bukan kerana feymes kita undi.Tapi kerana gerak kerja.Jangan pilih pemimpin yang dikenali hot,tapi kerja dikenali hangit.Sila beri perhatian benda ini.


SYABAB

presiden : Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa
timb presiden : Azlan Shah bin Nabees Khan
naib presiden (MMY) : Ammar Bin Ismail
naib presiden (MMJ) : Muhammad Hashemi Dahalan bin Md Razip
s/u agung : Muhammad Arif Hakimi Bin Mohd Nor
bendahari agung : Ahmad Faiz bin Azra’in

kenapa nama ini aku naikkan sebagai predict aku??
hidayat : Jelas kelihatan nama die tengah hangat diperbualkan dengan sifat peramahnya.Ramai yang senang dengan sikapnya dan jelas di hatinya ada berjiwa rakyat.

azlan : Nama die memang feymes.Cuma masih bertutur di bibir sang junior.Sang senior maybe tak mengundi untuk beliau.Tapi,sapa sangka keajaiban akan berlaku nanti?

ammar : Memang dia lah bakal meneraju perjuangan MMY dengan tunjuk ajar dari saudara zaid.Tapi,firdaus kadir yang berjaya mencuri hati pelajar batch nya mampu memberi sedikit cabaran kepada saudara ammar.Nanti kan....

hashemi : Yang ni aku predict ikut blog cik santun.Dia memang smart dan ramai je suka dia.Ape pun kita tak tau kan..mana tau Raja Pecut BKASJ,Ahmad Faiz Azra'in (AFA) memberi cabaran kepada beliau.

arif hakimi : Kerja beliau memang tip top sebagai s/u.Moga beliau naik dengan jayanya.Up Up and The Way!!!!!!!!

AFA : Nama ni aku letak sebab dia memang ok kot dalam mengutip dan menjaga duit-duit ni.Moga naik la nama beliau yea....

Radhi,Zaid,Tuan Zul : mereka bertiga juga mempunyai penyokong tertentu yang bakal mengundi mereka.Cuma mereka bertiga tak setanding nama-nama di atas.Jangan risau,kalau ZAID naik.Mana tau dia akan letak jawatan.Hehe...andai je

Salam semua...aku wat semua ni lepas baca Cik Santun...gua Wak Sopan

akhowat...masih belum dapat report dari "spy" yang diupah..hehe

1 ulasan:

cik santun.. berkata...

ahahahaha org dh habis kempen baru die nk berkempen....