Isnin, 16 Ogos 2010

semangat orang bujang sejati



Hari ni..1 rumah sepi..tinggal aku beruda dengan seorang lagi kawan aku yang tak pulang ke malaysia.Ramai tanya,nape tak balik malaysia??jawapan tu aku simpan sampai tiba masa emas itu.Aku masih mencari kepastian samada benar itu jawapan yang tepat bagi diri ku.Atau itu hanya alasan olok-olok yang ingin menjauhkan diri dari tanah air terchenta.

Irbid mula sepi n suram.Cuaca panas membuat orang tak keluar rumah.Dok lepak je dalam rumah sambil tengok tv channel Iqra' yang memuatkan tayangan LIVE ke masjidil haram.Membuat hati tennag melihat tempat suci itu.

Aku sepi hari ni memasak telur gorang untuk berbuka.Telur goreng dan sos tomato menjadi juadah berbuka.Memang menu si bujang sejati.Tak memilih dalam makan berbuka.Hanya mengharap perut di alas.Makan itu hanya kemahuan,jangan dijadikan ia keperluan yang melampau-lampau.Andai bulan lain kite bantai popeye..ramadhan hanya sekadar ayam goreng kunyit sudah memadai.



Hamster Hatta Razian menjadi teman aku dan Mustaqim berbuka setelah diorang memulakan proses mengawan.Aku tak sempat lihat gi mana hamster mengawan.Cuma,diorang takde makanan...aku silap beli kuaci.InsyaAllah..tak lama lagi aku dapat la anak sedara angkat ni.Hatta suruh aku jaga hamster die untuk 7 MINGGU !!!

Moga dipermudahkan semua ini............

Tiada ulasan: