Sabtu, 4 September 2010

warkah buat family


No.8,Lot 3510,
Kampung Delek Kanan,
41250 Klang,
Selangor Darul Ehsan                                                                                    

Buat kali kedua aku menulis surat kepada keluarga terchenta ku di tanah air.Sudah genap 365 hari aku berada jauh..jauh..n jauh dari pangkuan kedua ibu bapaku.Aku mengimbas detik-detik perjalanan aku dari pintu rumah aku hingga aku melihat lapangan terbang KLIA mengecil di mata ku.Namun,itu hanya memori yang tersimpan di dalam otak aku yang dimamah masa dihikis penyakit lupa.Semuanya macam magic,aku berada di Jordan.Bumi yang diduduki bangsa yang tak pernah aku mimpi untuk hidup bersama mereka di negara mereka.Setahun sudah berlalu,aku sudah melihat pelbagai perangai bangsa arab itu sendiri.Ada yang positif,ada yang negetif.Setahun aku bersama teman-teman satu tajaan.Mereka telan apa yang aku masak dan aku telan apa yang mereka masak.Daripada sardine hinggalah ke chicken chop.Bukan aku memilih dalam makanan,tapi air tangan ibu tiada siapa mampu mengantikan.Duduk makan bersama keluarga,tiada siapa mampu ganti.Biar aku punyai bilik persendirian,tak perlu kongsi bersama abang aku.Tapi,terasa sunyi duduk keseorangan tanpa teman.Takde lah perlu bising bila bilik seperti tongkang pecah.Takde siapa nak tegur.Semua tu hak individu.Namun,ku tetap sunyi dan sepi…..

Buat Ummi,
Masakan di Jordan tak la sedap mana.Tapi boleh la layan dan buat badan aku naik.Air tangan seorang ibu itu,berbeza dengan air tangan chef-chef handalan dunia.Kerana kau masak dari hati yang ikhlas mengalir lembut menuju ke hujung jari dan diserap makanan itu.Semakin melihat resepi makanan melayu,semakin teringat ummi yang sedang menunbuk cili di dapur,memblender bawang,menumis bahan.Selalu sahaja kau berleter bila aku tangguh membeli barang di kedai.Haha..sampai sekarang perangai aku tak berubah.Mamak kedai tu selalu sahaja lihat aku dengan muka masam membeli barang di kedainya.Kini,mamak itu tidak lagi melihat diri aku ini.Pasar-pasar yang aku pernah jejak itu pasti berubah.Berubah tanpa aku melihat dan terus berubah.Dapur,tempat yang aku selalu jugak pergi itu mesti merindui aku.Menunggu aku memasak nasi goreng di awal pagi. “Payah la bila anak pandai masak” ayat ni aku sentiasa ingat bila aku memegang sudip.Daripada aku tak tahu barang dapur,hingga aku tahu dan reti kegunaannya.Resepi-resepi ummi masih belum aku terokai.Namun,hatiku senang melihat kau berbakti kepada family. “Memasak sampai tahap kau suka melihat orang makan makanan yang kau masak” ni ayat aku.Ayat yang menjadi prinsip ketika memasak.Buat terbaik,hasil cemerlang membuat jiwang tenang.Ini semua untuk ummi.

Buat Ayah,
Biar aku tak rapat sangat dengan diri mu,aku tetap mahu tulis rindu ku pada warkah ini.Aku rindu dengan jelingan mu ketika menegur aku membuat silap,ketika aku melakukan kesalahan.Segala arahan mu aku patuh.Namun,manusia ada silapnya.Memang kau jarang sekali tegur diri aku secara terus,melalui ummi kau tegur aku.Seperti aku selalu tidur selepas subuh.Kegiatan itu sudah jarang aku lakukan dan terasa berbeza sekali bila kegiatan itu tidak aku lakukan.Kau pernah marah aku bila aku lakukan kedegilan melampau.Aku ingat lagi peristiwa itu.Tidak perlu aku coret di warkah kegembiraan ini.Semakin hari,semakin aku merindui ketegasan mu itu.Moga kau dalam sejahtera selalu.Kini,aku merasai keperitan dalam belajar.Mencari bekal yang memberi kita kejayaan di hari muka.Ayah,aku sayang pada mu.

Buat Family,
Mungkin ini lah masa aku menjawab persoalan yang ditanya pada diri ini. “Kenapa tak balik raya?” .Ayah dan Ummi tak tanya soalan ini pada diri aku.Tapi,orang lain yang tanya.Haha..biar aku jawab .Aku tak terasa balik ke Malaysia itu satu kewajiban kepada diri aku dan family.Sebab,ibu dan ayah aku mahu aku duduk di sini dan merasai kehidupan di sini.Bukan aku pulang dan berpisah dengan berat hati.Biar aku merasai perasaan berat hati itu ketika aku di KLIA pada tahun lepas sahaja.Mungkin raya tanpa family di sisi sesuatu yang tak best.Memang,memang aku mengaku tak best.Cuma inilah satu cabaran dan dugaan yang perlu aku lalui.Mencari mutiara di lautan dalam yang gelap gelita,ditemani penjaga mutiara.Aku menunggu mutiara itu berkilau.Akan aku menunggu saat itu tiba.2013..mungkin tahun ini aku pulang ke Malaysia.Akumemohon kepada family aku untuk membenarkan tarikh ini aku pulang ke Malaysia.Agar aku pulang dengan mutiara yang berkilau.Insya’Allah.

Sekian sahaja warkah sempena raya aku buat family.



(MUJAHID AZMI)

Bayt Isyraq,
0403 am
04/09/10

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mane warkah petame??
rindu pon ko kt family...
papepon tabahkan la hati wahai hamba Allah...
pejam celik,pejam celik..insya-Allah betemu la ko dgn 2013...
good luck sepanjang kehidupan di sane...
ingat segala pesan insan2 di Malaysia sebelum ko betolak ke Jordan...

ummu faqeh berkata...

salam..tabahkan hati kuatkan semangat...semangat dan perjuangan para mujahid dan syuhada' di bumi anbiya' ini harus diteladani bersama...mg kepulangan anda ke tanah air..adalah seorang mujahid yang berkilau2 cahayanya zahir dan batin..amin!