Selasa, 17 Ogos 2010

sang muroqqib (siri 1)

 

Lampu kedai shisha terkelip-kelip.Mentolnya ada masalah.Malam yang berbulan mengambang tanda pertengahan bulan jelas kelihatan di angkasa.Duduk di kerusi bulat 2 orang pemuda yang sedang melepak menghabiskan malam sebagai orang bujang.Seorang bernama Hassan dan seorang lagi bernama khairul.Irbid bukan bandar yang luas.Tiada tempat melepak untuk mereka berdua melepak selain kedai shisha Shaaban yang terletak di Syari’ Jamiah.Jam dinding kedai shisha itu menunjukkan tepat jam 10 malam.Waktu qoror (keluar malam bagi muslimat maliziy) sudah pun tamat.Tak kelihatan seorang pun muslimat Malaysia di syari’ jamiah.Malam itu solat tarawih habis sebelum waktu qoror,sebab itu tiada khidmat muroqqib (guard pulang muslimat maliziy).Pemuda dua orang tadi rancak berbual kosong.

“San,ko ape citer tadi?lepas solat je terus blah balik” Khairul membuka topik perbualan.Hassan meneguk air minuman membasah tekaknya. “Owh..aku malas la balik lambat,kang ada je orang panggil muroqqib.Benda yang aku ‘suka’ sangat tu.Ingat best sangat ke muroqqib ni?” Hassan jawab dengan kereknye.Tu la pendirian Hassan yang kukuh,muroqqib itu leceh dan banyak kerenahnya. “Bila diorang sampai je rumah,senyum pun tak.Kalau rumah dekat takpe,ni dekat 1 kilo berjalan pergi balik.Tu yang aku panass..” tambah Hassan. “Eke le San,ingat ko sorang ke anti muroqqib ni?Aku??aku lagi la allegic ngan benda alah ni.Entah ape-ape entah sistem ni.Ko senyum tak dapat,aku kena kutuk tau” luah Khairul pendiriannya mengenai sistem muroqqib. “Kutuk??citer sikit..” balas Hassan tertarik dengan apa yang mahu Khairul sampaikan. “Hari tu,aku muroqqib akhowat area Zam-zam tu.Si Nadia tu la,yang poyo 24 jam tu.Aku try-try la minta no tepon sambil-sambil muroqqib.Dia senyap je bile aku mintak.Sampai je umah die,die cakap ‘ada hati nak ngorat kite muka cam falafel’.Time tu dah la Siddiq lalu.Malu gile bai”

“Siddiq?Amir Siddiq???biar betul ko..Biro Keselamatan PERMAI tu” kata Hassan sambil mukanya tak percaya apa yang Khairul katakan sebentar tadi. “Ye la..sape lagi.Kau tau tak sape menang Anugerah Muroqqib Terbaik 2010?” tanya Khairul kepada Hassan. “Dia ke?” balas Hassan separuh yakin. “Ye la..Ha!! Tu dia dah mai.Panjang umur Siddiq ni” balas Khairul sambil tunduk melihat meja.

“Assalammualaikum,Khairul..Hassan.Sihat?Minum-minum ye?” sapa Amir Siddiq bila kebetulan lalu di depan kedai shisha Shaaban. “Sihat je,a’ah..minum malam jap” jawab Hassan. “Kalutnye,salam pun tak terjawab.Bagus la minum malam,tapi lagi bagus duduk rumah study untuk kelas esok” kata Amir Siddiq.Kata-kata dia seperti menyindir 2 sahabat itu walaupun dia tidak berniat begitu. “Ciss..sedap je mulut budak ni ye..” bisik Hassan di dalam hati dengan geramnya. “Hehe..tak best la study sokmo,kengkadang lepak ape salahnya.Ko nak ke mana Siddiq?” tanya Khairul sambil melihat Amir Siddiq dengan jelingan geramnya. “Owh..nak ke Duwar Kubbah jap,ada mesyuarat Ihya’ Ramadhan.Ok la,dah lewat ni..minta diri dulu,assalammualaikum” kata nya sebelum berjalan pergi. “Wa’alaikumsalam..” jawab Hassan dan Khairul.

***********

“Sama-sama” jawab Amir Siddiq pabila akhowat yang dia muroqqibkan tadi berterima kasih kepadanya.Dari Duwar Kubbah ke Zam-Zam hanya memakan beberapa minit sahaja.Memang tugas dia sebagai Biro Keselamatan untuk muroqqib akhowat irbid ini.Dia sebolehnya akan muroqqib sendiri akhowat itu jikalau punyai kelapangan masa.Dia tidak mahu mengganggu AJK Keselamatan lain yang terdiri daripada pelajar Perubatan dan Pergigian.

Dia berjalan pulang menuju ke Funduk Hijazi untuk pulang ke rumah.Berjalan sambil berbual di telefon. “Ha..Azam,ana turun ragbi esok petang.Jangan lupa main tau” katanya sambil berjalan.Telefon disimpan di dalam kocek seluar. “Ha!!” dia terkejut.Matanya terbeliak terkejut sama.Terus memandang jarum jam tangannya. “Eish..nak kena akhowat ni” rupanya dia terlihat akhowat Malaysia di hujung jalan yang berjalan keseorangan.Lantas dia berlari mengejar akhowat itu.Sepantas kilat dia berlari sambil memegang fail mesyuaratnya.Akhowat itu berpaling dan melihat Amir Siddiq berlari ke arahnya.Ape lagi,akhowat itu tahu dia dalam bahaya.Dia bakal diceramah oleh Biro Keselamatan PERMAI.Lantas membuka seribu langkah berlari menyelamatkan diri.

*********

“Mana dia menghilang?” Amir Siddiq melilau mencari akhowat tadi.Dia berlari mengejar akhowat tadi hingga ke hujung jalan,bile tiba di satu selekoh akhowat itu ghaib secara tiba-tiba.Pelik. “Dah balik kot” dia mengagak di mana akhowat itu berada sekarang. “Eish..malam-malam buta ni la kena berlari.Aduhh” keluhnya keseorangan sambil berjalan pulang.Dia melalui satu lorong gelap.Hatinya gelisah memeikirkan akhowat tadi. “Tak sempurna iman seseorang itu melainkan dia sayang saudaranya lebih dari dirinya sendiri” petikan hadis itu muncul di dalam kotak fikirannya.Pesan murobbinya agar menjaga saudara lain menjadi semangat untuk menjalankan tugas sebagai Biro Keselamatan.

Dia memusingkan badan.Berjalan menuju ke  selekoh di mana akhowat tadi ghaib.Tiba-tiba,kedengaran satu jeritan.Dia serta merta mencari dari mana jeritan itu datang,dan….

5 ulasan:

emirhasnan berkata...

Ces,sejak bila aku jadi rajin muroqib?

ahmad alkhani berkata...

Aik..terasa lak..bukan ko mmg suke muroqqib ke??

emirhasnan berkata...

siapa 13 nie?

ahmad alkhani berkata...

tu la bang..tau la hot..xkenal dh org irbid sndiri..

K2r~90 berkata...

huh cam tergantung jek ..