Ahad, 22 Ogos 2010

sang muroqqib (siri 2)

“Fuhh..Alhamdulillah” lega Amir Siddiq selepas menghempas badannya ke atas tilam 2 lapis di dalam biliknya.Dia tersenyum ketika terlentang melihat syiling rumahnya. “Woi!! termenung nampak,ingat akhowat mana tu?” satu suara kedengaran dari pintu masuk biliknya. “Mana ada la,ana teringat zaman sekolah dulu la” balas Amir Siddiq. Shafiq,tu la nama sahabat baik Amir Siddiq.Perangai dia lebih kurang remaja lain.Suka lepak-lepak tengah malam,sembang-sembang kosong.Tapi,dalam diri dia ada sesuatu yang bernilai.Persahabatan.Andai mahu lihat apa erti persahabatan,boleh la melihat pada Shafiq.Dia dan Amir Siddiq sudah tinggal sebumbung selama setahun.Seorang pelajar medik dan seorang pelajar usuluddin.Alhamdulillah tiada di antara mereka berdua persengketaan selama bersahabat.

“Ha..enta nak dengar cerita tak?pasal apa yang jadi malam tadi” Amir Siddiq menarik minat Shafiq untuk berbual rancak dengannya. “Ok je,malam ni aku free.Takde jemputan snook pun.Budak-budak lain exam” setuju saja Shafiq dengan ajakan Amir Siddiq untuk bercerita. “Camni citernye,tadi ada akhowat kantoi jalan sorang-sorang.Ana pun kejar la dia.Sampai satu selekoh,dia ghaib.Lepas tu…..

********

Amir Siddiq tersenyum bila melihat seorang akhowat terduduk di tepi bus stand.Akhowat itu menjerit tadi selepas tergolek pabila terpijak botol kaca coca-cola.Biasa la Jordan,negara arab yang penduduknye ada yang tak bersikap pembersih.Botol kaca dibuang merata.

“Enti ok tak?” tanya Amir SIddiq.Akhowat itu senyap sahaja.Wajahnya tak kelihatan kerana dia tunduk malu.Mahu menyorok dari Amir Siddiq,tapi terkantoi jua.Siapa la tak malu bila kantoi buat salah.Akhowat itu bangun dengan sedaya upaya.Amir siddiq hanya melihat.Masakan dia memapah orang yang bukan muhrim,melainkan akhowat itu betul-betul tidak mampu berdiri dengan kudratnya.Wajahnya diangkat memandang tepat ke wajah Amir Siddiq.Mata bertemu mata.

“Astaghfirullah” ucap Amir Siddiq.Dia menundukkan pandangan.Wajah akhowat yang diterangi cahaya lampu jalan kekuningan itu telah mecairkan hatinya. “Dah-dah,jom balik” seraya dia berkata bila mengenali siapa akhowat yang dia kejar malam itu.Memang menjadi kebiasaan AJK Keselematan,mengetahui setiap rumah akhowat.Malam berlalu dengan sepi.Malam-malam ramadhan sepi,hari-harinya terisi.

********

“Sape budak pompuan tu?” tanya Shafiq. “Hehe..Zaf,Zafirah” balas Amir Siddiq sambil tersengih. “La…budak 1st year tu ke.berani gile langgar peraturan PERMAI.Kental beb” . “Biasa la,manusia.Alasan diorang senang je.peraturan dibuat untuk dilanggar.Ana tak setuju la.Ana harap enta sependapat dengan ana” tegas Amir Siddiq. “Insya’Allah” balas Shafiq sambil berdiri dan dan bergerak untuk keluar dari bilik itu. “Tolong matikan lampu,syukran” pinta Amir SIddiq. Lampu tertutup dan kedengaran suara Shafiq menyebut “Afwan”.

5 ulasan:

emirhasnan berkata...

weh.
zafirah ue dak tganu..
mati aku kalau dia baca nie.hehe

Qurratu Aini berkata...

erk,,ni citer betul ke saja2 nak menulis??

ahmad alkhani berkata...

cidak : la..ade ke,ingat xde la org irbid nama tu...xpe la..mne tau ade jdoh..hehe

azni : cter ni cmpor2...layan jew la

K2r~90 berkata...

hooo ghituu .. aq kene bace lg utk paham kan

Tanpa Nama berkata...

konpem dah bace!